Jalinan Persahabtan

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, November 23, 2011

zaman tingkatan 4-TAMATLAH SUDAH!

As salam,

Sedar tidak sedar, tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, maka tamatlah sudah zaman tingkatan 4 ,batch 25 MRSm Terendak.Suka duka,saat manis dan pahit bersama ahli baru yang berdaftar pada 7 Februari 2011 akan disimpan dalam memoir SILVER SAVIOURS .Bibit-bibit mengenai apa yang dilalui oleh para pelajar tingkatan 4 akan tetap diingati sebelum melangkah ke tahun 2012 yang merupakan tahun penentuan kehidupan dalam peperiksan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM).


Walaupun, dalam jangkaan setahun sahaja lagi, kesemua yang lahir pada tahun 1995 akan menamatkan zaman persekolahan mereka, namun kita harus ingat bahawa di peringkat sekolahlah yang mengajar kita tentang erti kehidupan.Sudah semestinya, kenangan bersama rakan-rakan akan terpahat dalam setiap ingatan yang pernaha melalui zaman persekolahan.


Akhirulkalam, semoga peersahabatan akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.Dengan bantuan facebook dan laman-laman sosial yang lain, sudah semestinya, kami akan tetap berhubung walaupun kami berada di  luar negara.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...